PELBAGAI MAKLUMAT BERMANFAAT YANG BOLEH DIKONGSI
Setiausaha perlu profesional
![]() |
Setiausaha yang baik memiliki pelbagai kriteria yang diperlukan ketuanya.- Gambar hiasan
|
BERCAKAP mengenai setiausaha sudah pasti semua orang tahu tugasnya selain 'berdampingan' dengan ketua (bos) mereka juga mempunyai tanggungjawab besar di dalam sesebuah syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja.
Selain menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji, rancangan dan sebagainya, mereka merupakan orang kepercayaan bos.
Apa tidaknya semua urusan syarikat yang cukup sulit serta 'rahsia' syarikat, mereka antara orang yang mengetahuinya.
Satu masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.
Walaupun begitu, hari ini kerjaya sebagai seorang setiausaha sudah melalui perubahan serta memerlukan pemiliknya berkelulusan tinggi.
Menurut Perunding Imej Adamaya, Imej Consultancy, Sharifah Shawati Syed Mohd., untuk menjadi seorang setiausaha yang profesional dan cemerlang, mereka perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di samping personaliti unggul di tempat kerja.
''Setiausaha yang baik adalah yang tahu peranannya dan senang untuk berurusan dengan orang ramai.
''Pada masa yang sama, setiausaha juga perlu 'bercakap' bahasa yang sama dengan bos untuk memudahkan urusan kerja.
''Mereka juga harus memahami bos masing-masing agar matlamat kerja tercapai,'' ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah beliau, jika dahulu mungkin masyarakat beranggapan bahawa kerjaya sebagai seorang setiausaha tidak ubah seperti 'orang gaji' di mana perlu menyiapkan minuman bos setiap pagi, membersihkan pejabat, menguruskan segala urusan pejabat seperti mesyuarat dan sebagainya tapi hari ini pandangan tersebut tidak lagi boleh diterima pakai.
Hari ini, setiausaha merupakan aset kepada bos selain orang yang 'berkuasa' dalam memastikan kelancaran sesebuah syarikat.
Seorang setiausaha juga berperanan sebagai penjaga bos, pemikir, penapis, penepis, penglipur lara, pemberi serta pemulih semangat, penyimpan rahsia dan penyelamat.
Selain menjadi seorang pengingat, setiausaha juga mestilah kuat menyimpan rahsia apa lagi kalau ia rahsia pejabat dan keluarga ketua.
Ciri-ciri setiausaha yang baik
Jelas beliau, seseorang setiausaha juga ada kalanya seperti rakan kongsi yang bijak dan mampu mengawal keadaan.
Pada masa sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telinga kepada sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereka bekerja.
Katanya lagi, setiausaha yang berkuasa dan profesional mampu muncul sebagai 'hero' di pejabatnya.
Dengan erti kata lain, peranan yang dimainkan oleh setiausaha bukan sahaja menaikkan imej ketua malah menjadikan syarikat atau organisasi yang diwakili cukup disegani.
''Mereka (setiausaha) perlu bekerja dengan bijak dan menjaga kepentingan ketua dalam apa juga keadaan,'' tambahnya.
Justeru katanya, setiausaha perlu tahu untuk membina keyakinan, kredibiliti dan kemampuan diri.
Bercakap mengenai penampilan, jelas Sharifah Shawati, sama ada bertudung atau tidak, setiausaha mesti berketerampilan kemas dan bergaya.
Ini kerana dia adalah penghubung syarikat dengan pihak luar selain pengantara jabatan.
''Tidak salah untuk bergaya kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat yang diwakili.
''Bagaimanapun seorang setiausaha tidak harus over shadow ketua masing-masing malah aksesori yang digayakan juga tidak perlulah terlalu banyak, cukup sekadar menggayakan aksesori yang seminimum mungkin.
''Jadilah setiausaha yang bijaksana, berkuasa dan bergaya, barulah anda mampu cemerlang dalam profesion ini,'' katanya.
Sebab itu, setiausaha juga perlu mempunyai pengetahuan setanding majikan agar pandangan dan pendapat mereka boleh diterima pakai dalam usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.
Setiausaha Oh Setiausaha....
~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Assalamualaikum w.b.t..
Hari ini, seperti dijanjikan, kita akan berkongsi ilmu tentang SETIAUSAHA.....
SUATU
ketika dulu kerjaya sebagai setiausaha antara yang 'terhangat' di
pasaran kerja terutama di kalangan anak-anak gadis yang berasakan diri
mereka mempunyai penampilan menarik.
Malah oleh kerana terlalu obses dengan
anggapan bahawa setiausaha mesti cantik dan menawan, sesetengahnya
menjadikan kerjaya tersebut sebagai batu loncatan untuk meraih gaya
hidup yang lebih glamor.
Kecantikan
tersebut turut dijadikan senjata untuk 'memancing' bos sehingga timbul
gelaran-gelaran kurang enak seperti setiausaha sebagai 'buah hati bos',
'wanita simpanan bos', 'tukang bancuh kopi bos' dan sebagainya.
Imej wanita penggoda, 'gedik' dan
persekitaran yang diselubungi skandal menjadi stigma yang terus melekat
untuk sekian lama sehingga mengelirukan fungsi sebenar kerjaya
tersebut.
Bagaimanapun, semua itu tinggal
'mitos' kerana bidang kesetiausahaan kini dilihat jauh lebih
profesional dan sama penting dengan kerjaya lain.
Persekitaran
pejabat hari ini telah berubah dengan begitu pesat sejajar dengan
perubahan dalam teknologi maklumat yang kini memberi kesan mendalam
terhadap kerja-kerja kesetiausahaan.
![]() |
Promo Cover utk Kursus yang akan saya hadiri di Penang |
Hasil
tulisan Mariatul Qatiah Zakaria, mengatakan apabila berkata mengenai
setiausaha, sudah pasti semua orang tahu tugasnya selain 'berdampingan'
dengan ketua (bos) mereka juga mempunyai tanggungjawab besar di dalam
sesebuah syarikat atau organisasi tempat mereka bekerja.
Selain
menguruskan surat, menaip, menyimpan fail, membuat temu janji,
rancangan dan sebagainya, mereka merupakan orang kepercayaan bos. Apa
tidaknya, semua urusan syarikat yang cukup sulit serta 'RAHSIA'
syarikat, mereka antara orang yang mengetahuinya.
Satu
masa dahulu, kerjaya ini begitu diminati di kalangan wanita kerana ia
tampak glamor dan bergaya tetapi mereka cukup profesional ketika
menjalankan tugas malah melaksanakannya dengan penuh etika.Walaupun
begitu, kini kerjaya sebagai seorang setiausaha sudah melalui perubahan
serta memerlukan pemiliknya berkelulusan tinggi.
Menurut
Perunding Imej Adamaya, Imej Consultancy, Sharifah Shawati Syed Mohd.,
untuk menjadi seorang setiausaha yang profesional dah cemerlang, mereka
perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik di samping personaliti
unggul di tempat kerja. "Setiausaha yang baik adalah yang tahu
peranannya dan senang untuk berurusan dengan orang ramai". "Pada masa
yang sama, setiausaha juga perlu 'bercakap' bahasa yang sama dengan bos
untuk memudahkan kerja". "Mereka juga harus memahami bos masing-masing
agar matlamat kerja tercapai," ujarnya ketika ditemui di Kuala Lumpur
baru-baru ini.

Hari
ini, setiausaha merupakan aset kepada bos selain orang yang 'berkuasa'
dalam memastikan kelancaran sesebuah syarikat. Seorang setiausaha juga
berperanan sebagai penjaga bos, pemikir, penapis, penepis, penglipur
lara, pemberi serta pemulih semangat, penyimpan rahsia dan penyelamat.
Selain
menjadi seorang pengingat, setiausaha juga mestilah kuat menyimpan
rahsia apa lagi kalau ia rahsia pejabat dan keluarga ketua. Jelas
beliau, seseorang setiausaha juga ada kalanya seperti rakan kongsi yang
bijak dan mampu mengawal keadaan.
Pada
masa yang sama, mereka juga perlu sentiasa proaktif, aktif serta
efektif di samping dedikasi dengan kerjaya masing-masing kerana
setiausaha ini juga boleh diibaratkan sebagai mata dan telingan kepada
sesebuah syarikat ataupun organisasi, tempat mereke bekerja.
Katanya
lagi, setiausaha yang berkuasa dan profesional mampu muncul sebagai
'hero' di pejabatnya. Dengan erti kata lain, peranan yang dimainkan oleh
setiausaha bukan saja menaikkan imej ketua malah menjadikan syarikat
atau organisasi yang diwakili cukup disegani. Setiausaha perlu bekerja
dengan bijak dan menjaga kepentingan ketua dalam apa juga keadaan.
Justeru
katanya, setiausaha perlu tahu untuk membina keyakinan, kredibiliti dan
kemampuan diri. Bercakap mengenai penampilan, jelas Sharifah Shawati,
sama ada bertudung atau tidak, setiausaha mesti berketerampilan kemas
dan bergaya. Ini kerana dia adalah penghubung syarikat dengan pihak
luar selain pengantara jabatan.
Tidak
salah untuk bergaya kerana penampilan yang baik serta berhemah tinggi
akan mencerminkan sesuatu yang positif mengenai syarikat atau korporat
yang diwakili. Bagaimanapun seorang setiausaha tidak harus "over shadow"
ketua masing-masing malah aksesori yang digayakan juga tidak perlulah
terlalu banyak, cukup sekadar menggayakan aksesori yang seminimum
mungkin. "Jadilah setiausaha yang bijaksana, berkuasa dan bergaya,
barulah anda mampu cemerlang dalam profesion ini," katanya.
Oleh
yang demikian, setiausaha juga perlu mempunyai pengetahuan setanding
majikan agar pandangan dan pendapat mereka boleh diterima pakai dalam
usaha memajukan syarikat secara keseluruhan.
http://faradillarashid.blogspot.com/2011/04/setiausaha-oh-setiausaha.html
No comments:
Post a Comment