Tuesday, 10 June 2014

PENUBUHAN PENAJA PERSATUAN SETIAUSAHA UTM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana Setiausaha Pejabat/Pembantu Setiausaha Pejabat telah berganding bahu menubuhkan PERSATUAN SETIAUSAHA UTM.  Kelab ini telah diizinkan oleh KESATUAN KAKITANGAN UTM agar bernaung di bawahnya.

Penubuhan persatuan ini adalah hasil dari sumber inspirasi Allahyarhamah Puan Kamariah bt. Hj. Ab. Shukor yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Disember 2012 yang lalu. AL-FATIHAH untuk beliau.   Semoga usaha dan kegigihan beliau dalam memertabatkan profesion para Setiausaha di UTM ini diredhai dan dirahmati oleh ALLAH SWT jua.  Didoakan jua agar roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin...


 Mesyuarat penubuhan dan pemilihan AJK PENAJA telah diadakan pada 11 Januari 2013.  Di samping mesyuarat diadakan Majlis Tahlil dan Yassin untuk Allahyarhamah Kamariah bt. Hj. Ab. Shukor yang dipimpin oleh Ustazah Shahizah bt. Sarmijan dari Pusat Islam, UTM. Tidak ketinggalan bagi meraikan Setiausaha yang telah bersara iaitu:
  1. Puan Siti Makhiran bt. Othman
  2. Puan Hjh, Hamidah bt. Mokhtar
  3. Puan Hjh. Rugaiyah bt. Ismail
  4. Puan Hasnah bt. Tubi




No comments:

Post a Comment